11 Ogos 2010 merupakan hari pertama Ramadhan bagi tahun ini. Bagaimanapun pada tahun ini saya diuji oleh Allah SWT. Bangun pada pukul 9 pagi td dan bersiap hendak ke ofis, tetiba diserang sakit gigi yang sangat teruk.Ya, xpernah rasa seteruk ini, macam nak pitam.Aku mengambil keputusan utk ke klinik.Sebagai kakitangan UM, ada beberapa klinik dan hospital telah disediakan sebagai panel.
Aku ke Hospital Pusparawi.Dugaan bermula apabila aku diberitahu bahawa klinik pergigian di situ tidak berada di bawah lingkungan panel Utusan cuma utk sakit2 lain boleh.Ahhh seruis aku rasa nak menjerit kuat td.Aku meminta petugas kaunter memeriksa sekali lagi kerana aku pnh mendengar seorang pegawai sumber manusia di situ memberitahu aku klinik gigi di hospital itu merupakan klinik panel syarikat.Bagaimanapun aku kecewa apabila petugas kaunter tu cakap, masih belum ada hitam putih cuma ada rancangan sahaja bahawa Utusan mahu menjadikan klinik gigi di situ sebagai panel.Ermm whateverlah,lepas tu aku terpaksa ke klinik gigi panel lagi memandangkan duit yg ada x begitu cukup.
Optian yag ada is di Jalan Masjid India.Wah hari pertama puasa aku sudah menjejak kaki ke sana pada jam 12 tengah hari. Rock betul.Tapi serius aku rasa sedih sebab rawatan di klinik itu menyebabkan puasa aku terbatal.Aku terpaksa makan ubat kerana rasa sakit yang amat.Sedih juga tapi bila difikirkan balik inilah dugaan aku pada tahun ini.
thanks..same wish goes to you.
ReplyDelete