07 June 2010

Bermula semula dan kali pertama yg sgt bestttt


Rasa cam nak p ja pulau tuh, tapi apa daya, destinasi sebenar aku ialah Alor Setar dan Langkawi dan bukannya Pulau Pinang.Sabar ya Pearl Island.

Back to butterworth after a while

dalam train



Sampai Ipoh.Yeah.





Sudah lama aku tak update blog dengan cerita selepas beberapa entry hanya memaparkan keluh kesah dan perasaan yang tak stabil atas sebarang alasan.Enough is enough la.

Rasanya mlm ni nak tulis pasal perjalanan balik kampung baru-baru ni. Perjalanannya agak mencabar tapi satu pengalaman yang sangat menyeronokkan.Yeah, sangat best.

Aku apply cuti 29,28,30 and 31 Mei untuk balik Kedah,bercuti dan menghadiri majlis perkahwinan mak su aku.Yeah, Mak su aku akhirnya kahwin.haha.29 cuti umum sebab hari wesak.so warga kota memang berpusu-pusu untuk pulang ke kg halaman masing-masing.aku pula buat silap, tak beli tiket bas awal.Dan aku memang da jangka keadaan itu.So dari rumah aku terus naik train ke KL Sentral untuk membeli tiket kereta api.Yeah, akan mjadi first experience aku naik train balik kg.Aku sampai ke KL sentral sekitar pukul 6.30 ptg dan agak tkejut apabila tgk ramai nya manusia2 beratur untuk beli tiket ke destinasi masing-masing.Yelah cuti tiga hari kot kecuali aku empat hari.haha.aku agak kecewa apabila diberitahu tiket ke semua destinasi pada malam itu sudah abes,...uwaa, penat aku..aku tetap nak balik kg malam tuh jugak, so aku kena wat something.so aku amek komuter ke masjek jamek,tukar amek lrt ke bukit jalil untuk mencuba nasib mencari tiket bas walaupun aku tahu harapannya agak tipis, tp apa2 hal pon kena la cuba dulu...

Yeah, Hentian Puduraya ditutup buat sementara waktu dan dipindahkan ke Bukit Jalil.Aku sudah jangka memang akan ada ramai umat manusia di Bukit Jalik kerana cuti umum.Jumaat=Hari Wesak,Sabtu dan Ahad memang weekend di KL.Satu demi satu kaunter tiket aku jelajahi utk dapatkan tiket tp sungguh mengecewakan.Semua tiket da abes la.Huhu.Dah la tiket habis, penjual tiket kat kaunter pulak buat muka sombong..diorang mmg mcm tu, kalo tiket byk, mmg akan friendly kot panggil, tp kalo tiket habis, mmg eksyen cam gampang...

tiket abes, so aku kena balik pagi jumaat la.tiket yg ada paling awal pukul 9 pagi.nampaknya rugi la.jadi aku terpaksa juga beli tiket 9 pagi hari jumaat... berjalan la dengan slow, malas dan kecewa ke LRT Bukit Jalil utk pulang ke Ampang.Then, ternampak ada peniaga steamboat berhampiran SBJ.Perut yg lapar perlu diisi.

Aku kena balik tdo di Amapng dulu la dan harus bangun awal esok pagi kerana dah beli tiket kul 9 pagi utk pulang ke Alor Star..adessss,nak wat cam na, tu je cara utk smpai ke umah...lepas isi perot kenyang2, beli tiket LRT dan tgu train la mcm biasa.xlama kmudian ada 4 org mamat dtg duduk bersebelah dgn aku, tgk gaya mcm army ja...Depa pon usung beg jugak. So aku agak depa pon x dapat tiket nk balik kg masing2 pada mlm tu sama gak mcm aku..haha...senasib...

pastu aku pon wat2 ramah tegur depa...

Aku: (Tanpa bagi salam)- x dapat tiket jgk ke?

Depa: Yup, tiket habis,,,,

Aku: Oooo so balik esok la?

Depa:x,kami nak p KL Sentral, nak balik kg naek train.

Aku: Buat hampa p ja KL Sentral, aku dah p...tiket utk ke semua destinasi dah habih..ampa nak balik mana?

Depa:Ya ka da abes, xpa, kami ada cara.

Aku: Cara apa, tiket da abes..

Depa: Kami akan naik jugak, sebab depa xkan check masa mula2 nak masuk dlm train.

Aku:Biaq betoi ampa neh, bulih ka wat lagu tu?

Depa:Boleh la,,,haha, dah 3,4 kali kami buat...smpai ja kampung...

Aku: Kg ampa semua kat mana?

Depa: Taiping,Awat?Hg lak.

aku: Alor Setaq, so kalo aku nk ikut ampa leh x?Kita akan naik satu train kan.

Depa: Boleh, no hal la, ikut ja kami.

Aku:Aku takut gak ni weh, x pernah balik kg naik train, ni kali pertama tp dengan cara mcm ni.

Depa:Alah rilex la, nak takut pa, kamu dah besa buat cam ni..hg xyah risau la.Lepas sampai Tanjung Malim, baru pegawai yg bertugas dalam train tu akan check,lepas tu depa akan denda la.

Aku: Hah denda, denda apa?

Depa:Denda sebab tak dak tiket,biasanya mcm ni, kalo harga tiket RM30,hang kena bayar RM40, denda RM10. Macam tu la denda yg depa kenakan..

Aku: OOOOso beli tiket jalah, depa tak marah atau halau turun ka?

Depa:Eleh xyah bimbang la, xdak hal, sebenarnya banyak ja org buat cam tu..


selepas itu aku pon menaiki LRT bersama mereka dari Bukit Jalil menuju ke Stesyen Masjid Jamek. Dari Masjid Jamek, kami seterusnya mengambil train Aliran Kelana Jaya menuju ke KL Sentral.Kami sampai ke KL Sentrals ekitar jam 9.45 malam dan terus ebrgegas ke kaunter KTM untuk bertanya tentang tiket.Yg pasti kami hanya berpura-pura kerana tujuan utama ialah utk mendapatkan maklumat pukul berapakah train akan tiba di KL Sentral utk perjalanan ke Utara.Kami berjaya.Kami dimaklumkan semua tiket telah habis dijual dan train terkahir yang akan tiba di situ pada pukul 11.30 malam.Oleh itu, kami emngambil keputusan utk makan di MCD berhampiran dan berkenalan.Rupanya tiga orang mereka merupakan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan sebab itulah gaya nampak macam tentera.Mereka pula bertanya pasal kerjaya aku,pada mulanya aku agak keberatan utk memberitahu mereka.haha.




No comments:

Post a Comment