02 March 2010

PECAH

Saya telah memecahkan batu besar yang isinya hanya saya yang tahu kepada mereka semalam.Ia memang risiko besar.Saya tak mampu untuk terus bertahan dengan kandungan isi itu lagi...

Buat masa ini, saya tak pasti apakah tindakan itu betul atau sebaliknya namun mereka memberikan sokongan.Menurut mereka saya masih ok, saya masih mampu untuk menjadi "jauh" dan pulang ke pengkalan lagi kerana tidak jauh saya dihayutkan.

Tapi saya tahu saya perlukan kekuatan dan tonik extra untuk saya berenang pulang ke pantai kerana ombaknya sangat dasyat dan hebat. Saya telah berenang beberapa kali namun ombak-ombak itu terus memukul saya lantas hanyut semula.Saya berenang lagi, lagi dan lagi dan masih berenang pada saat ini.

Saya tak salahkan puncanya. Punca saya dihanyutkan sudah tidak ada di dunia ini dan saya tidak salahkannya.

Pada hari ini ialah tentang diri saya sendiri, ke manakah haluan saya, itu lah persoalan utama sekarang. Saya akui terlalu letih dengan permainan ini bila kudrat saya untuk terus berenang menjadi semakin lemah. Saya tidak kuat.

Tapi saya selalu mengingatkan diri saya bahawa saya seorang perjuang yang tidak akan sesekali mengaku kalah.That not me.Im always confident with my ability and I have to go though this bullshittt.

Saya akan terus berenang biarpun ombak-ombak itu masih lagi cuba menghayutkan saya..

"Sesetengah orang memikirkan dengan bertahan akan menjadikan kita lebih kuat berbanding melepaskan.

Sebenarnya dengan melepaskan pergi iaitu mengucapkan bye-bye akan menjadikan kita lebih baik kerana ucapan bye-bye itu akan membuka peluang untuk kita mengucapkan hai dan hello kepada orang lain.

Perpisahan atas sebarang alasan memang menyakitkan tapi itulah realiti hidup...

MFI.SELAMAT MENGHADAPI REALITI HIDUP.

No comments:

Post a Comment