Virus swine flu kini menjadi ancaman terbaru penduduk dunia.Berita Harian Online hari ini melaporkan bahawa penduduk di La Gloria, Mexico, percaya bahawa bandar itu sebagai punca wabak selesema babi.Selain kes tertinggi yang dicatatkan di Mexico, beberapa negara lain seperti Kanada,Amerika Syarikat,Sepanyol,Scotland dan New Zealand juga telah mengesahkan bahawa terdapat kes seumpama itu di negara masing-masing.
Amerika Syarikat kini dilanda panik memandangkan kedudukan geografinya yang tidak jauh dari Mexico dan pihak berkuasa negara itu kini mengambilan langkah berjaga-jaga termasuk menutup sekolah.
Adakah Malaysia akan terselamat daripada penularan virus ini?Semalam slot berita Buletin Utama melaporkan bahawa cara virus ini merebak agak pelik.Ini kerana mangsa yang disahkan positif virus ini tidak mebuat hubungan langsung seperti menyentuh ataupun berkunjung ke ladang ternakan khinzir.Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya bagaimanakah virus maut ini menular?

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Ismail Merican turut memberi jaminan bahawa Malaysia selamat daripada virus ini.Persoalannya, adakah jaminan itu sesuatu yang mampu menghilangkan kebimbangan rakyat.Ini kerana di negara kita sendiri terdapat beberapa ladang ternakan babi, malah ladang ternakan babi di Sungai Nipah yang terletak di Negeri Sembilan, adalah yang terbesar di Asia Tenggara.Fuyyooo negara yang kononnya menjadikan Islam sebagai agama rasmi mempunyai ladang ternakan babi terbesar di Asia Tenggara.Bangga tak kita?Kenapa tidak Thailand atau Vietnam yang menjadi negara pengeluar utama daging babi di Asia Tenggara?Dan kenapa Malaysia.
Salah seorang exco kerajaan Pulau Pinang turut dilaporkan berkata di Pulau Pinang, terdapat kira-kira 300000 ekor babi.Fuyooo, banyak tu.Tapi jumlah itu masih dianggap kecil kerana tidak dianggap sebagai yang terbesar di Asia Tenggara.Agak-agaknya, berapa ratus ribu ekor kah babi yang diternak di Negeri Sembilan.
Apapun, aku tetap bimbang kerana sehingga hari ini aku masih belum meninggalkan Pulau Pinang lagi.Ahhhhh takut la wei.
Indonesia juga telah menghentikan segera import babi.Baguslah macam tue.
Hurm, b*** betul la.Kenapa post pasal babi.
# Update 31.7.2008 Malaysia disahkan sebagai negara ke-35 yang mempunyai kes jangkitan HINI.Sehingga tarikh ini, empat orang disahkan terkorban akibat jangkitan virus ini!
No comments:
Post a Comment